Welcome to Mothercare

Notis Perlindungan Data Peribadi

  1. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Kim Hin Joo (Malaysia) Bhd dan syarikat-syarikat berkaitannya dan anak-anak syarikatnya (yang memiliki dan menggendalikan jenama-jenama ‘Mothercare’, ‘ELC’ dan ‘Gingersnaps’) (“Syarikat”) menggunakan Data Peribadi anda. mothercare.com.my (“Laman Web”) adalah sebuah laman web yang dikendalikan oleh Syarikat.

    Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Syarikat akan mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan memaparkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web atau memaklumkan kepada anda secara lain seperti melalui e-mel. Dengan meneruskan komunikasi dengan Syarikat, dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan Syarikat dan/atau Laman Web berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan-tindakan sedemikian akan menunjukkan penerimaan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut oleh anda.

  2. Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti , termasuk tetapi tidak terhad kepada nama (termasuk nama sendiri anda, nama keluarga dan nama pilihan), jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, alamat surat-menyurat (termasuk alamat pos dan alamat e-mel), nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor kad pengenalan, nombor paspot, agama, bangsa, maklumat hubungan dan pengebilan dan maklumat urus niaga dan kad kredit. Data Peribadi mungkin juga termasuk maklumat yang anda dedahkan kepada Syarikat bagi pihak atau berkaitan dengan ahli-ahli keluarga anda, seperti tetapi tidak terhad kepada nama anak anda, jantina dan tarikh lahir atau tarikh cukup tempoh.

  3. Selain Data Peribadi yang diberikan kepada Syarikat oleh anda secara langsung, seperti apabila anda daftar untuk keahlian kesetiaan pelanggan (customer loyalty) dan program-program VIP kami, Syarikat boleh mengutip Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber seperti apabila anda membuat suatu tempahan untuk produk, apabila anda daftar dengan kami untuk menerima surat berita bulanan kami atau surat berita elektronik atau butiran tawaran atau produk, semasa pendaftaran ahli / perekrutan atau mana-mana pemasaran lain / kempen promosi dan / atau dari cecikut (cookies) digunakan dalam Laman Web. Sekiranya anda tidak mengingini Data Peribadi anda dikutip melalui cecikut pada Laman Web, anda boleh menyahaktifkan cecikut dengan menyelaraskan tetapan pelayar internet anda untuk melumpuhkan, menghalang atau menyahaktifkan cecikut, dengan memadamkan sejarah pelayaran anda dan membersihkan cache dari pelayar internet anda.

  4. Pemberian Data Peribadi anda seperti nama, nombor pengenalan dan alamat e-mel kepada Syarikat adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak memberi Data Peribadi kepada Syarikat, Syarikat mungkin tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan sepenuhnya kepada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada pembukaan akaun keahlian anda atau untuk mengesahkan pembelian dan tuntutan anda untuk ganjaran atau hadiah.

  5. Tujuan Penggunaan

  6. Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Syarikat mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti-aktiviti Syarikat yang akan termasuk, tanpa had yang berikut ("Tujuan”):-

    • Untuk melaksanakan sebarang kontrak yang dibuat dengan anda untuk penyediaan mana-mana barangan atau perkhidmatan;
    • Untuk mentadbir, mengurus dan mengesahkan keahlian kesetiaan pelanggan dan program VIP jika berkaitan;
    • Untuk memahami dan menganalisis jualan kami, keperluan dan pilihan anda;
    • Untuk membangunkan, meningkatkan, memasarkan, menyediakan dan menghantar produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
    • Untuk membolehkan anda menyertai promosi dan peraduan;
    • Untuk memproses pertukaran atau pulangan produk;
    • Untuk menganalisis penggunaan Laman Web;
    • Untuk susulan dengan anda, sama ada melalui e-mel, telefon atau pos, apabila anda membeli barangan daripada kami, termasuk melalui Laman Web, sebagai sebahagian daripada tatacara keprihatinan pelanggan;
    • Untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan kami;
    • Untuk membalas permintaan atau aduan;
    • Untuk penyimpanan rekod dalaman dan penyiasatan dalaman dan luaran serta tindakan undang-undang;
    • Sekiranya terdapat sebarang penstrukturan semula korporat termasuk mana-mana penggabungan, pemerolehan, pengambilalihan dan lain-lain;
    • Untuk kelulusan dan kepatuhan kawal selia;
    • Untuk pematuhan undang-undang dalam dan di luar Malaysia dan sebarang pindaan yang dikuatkuasakan; dan
    • Untuk tujuan-tujuan lain yang mungkin diperlukan atau dibenarkan di sisi undang-undang dalam dan di luar Malaysia, termasuk undang-undang berkaitan dengan keterangan.
  7. Tujuan Pemasaran dan Promosi

  8. Syarikat mungkin juga boleh mengguna dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti (”Tujuan Tambahan”):--

    • untuk menujukan bahan-bahan pemasaran kepada anda;
    • untuk menghantar anda kemas kini mengenai produk, berita dan kemas kini acara, ganjaran dan promosi, tawaran (termasuk tawaran hari lahir), jemputan, hak istimewa dan inisiatif Syarikat, rakan-rakan kongsi dan pengiklan;
    • untuk menghantar e-mel promosi mengenai produk-produk baru, tawaran istimewa dan perkhidmatan-perkhidmatan atau maklumat lain untuk Laman Web, Global Product Solutions, mana-mana syarikat lain dalam kumpulan syarikat yang sama dan syarikat-syarikat pihak ketiga terpilih yang kami berpendapat bahawa anda mungkin mendapati ianya menarik;
    • untuk menghantar maklumat atau kandungan kepada anda yang mana kami berpendapat bahawa ianya mungkin menarik minat anda;
    • untuk menghubungi anda bagi tujuan-tujuan penyelidikan pasaran

    melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan/atau melalui e-mel.

  9. 7. Jika anda tidak bersetuju kepada Syarikat memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan Tambahan, sila hubungi Syarikat dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah.

  10. Pemindahan Data Peribadi

  11. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, diakses, digunakan dan diproses dalam bidangkuasa lain selain Malaysia untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan, termasuk kepada Kim Hin International Pte Ltd, syarikat pemegangan yang memiliki Kim Hin Joo (Malaysia) Bhd yang terletak di Singapura, atau di mana pelayan Syarikat atau pangkalan data berpusat terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda keluar daripada Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.

  12. Penggunaan oleh dan Pendedahan kepada Pihak Ketiga

  13. 9. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan. Selanjutnya, Syarikat mungkin melantik syarikat-syarikat, pembekal-pembekal perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal-pembekal perkhidmatan atau pihak-pihak ketiga sebegitu. Pihak-pihak ketiga yang disebut dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had): -

    1. pihak ketiga yang Syarikat melantik untuk menjalankan fungsi-fungsi dalamnya yang tertentu, seperti pembekal-pembekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT) dan pembekal-pembekal perkhidmatan yang lain;
    2. penasihat professional Syarikat seperti penasihat undang-undang, penanggung insurans dan juruaudit;
    3. anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada Kim Hin International Pte Ltd, Global Retail Network Sdn Bhd, Global Product Solutions Sdn Bhd, Eldercare Solutions Sdn Bhd; dan
    4. kepada badan-badan kawal selia dan perundangan untuk mematuhi undang-undang dalam dan di luar Malaysia.
  14. Akses dan Pembetulan

  15. Anda boleh, dengan memberikan notis bertulis, meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan Data Peribadi anda dengan menghubungi Syarikat di maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah. Syarikat mempunyai hak untuk menolak permintaan akses atau pembetulan atas alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang. Syarikat juga menyimpan hak untuk mengenakan suatu bayaran untuk mengakses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

  16. Maklumat Hubungan

  17. Dalam sesuatu keadaan, jika anda ingin menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan atau Tujuan Tambahan, untuk mengakses atau membetulkan data anda menurut Seksyen 10, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi:

    • Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
    • Email Address : [email protected]
    • Telephone Number : 603 8940 6638
    • Fax Number : 603 8940 6637

    Walau bagaimanapun sila ambil perhatian bahawa di mana anda memilih untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, ia boleh menjejaskan keupayaan Syarikat untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan yang anda minta.

  18. Pautan ke Laman-laman Web Pihak Ketiga

  19. 12. Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa Syarikat tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman sedemikian, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman tersebut akan digunapakai dan Syarikat tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman sedemikian.

  20. Maklumat Peribadi daripada Kanak-kanak Bawah Umur dan Individu-individu Lain

  21. 13. Berkenaan dengan penyediaan data peribadi kanak-kanak/individu-individu bawah umur, sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah untuk seseorang individu bawah umur, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi individu bawah umur tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan individu tersebut.

  22. 14. Dalam keadaan tertentu anda mungkin telah memberikan data peribadi berkaitan individu-individu lain (seperti suami atau isteri, ahli-ahli keluarga atau rakan-rakan anda) untuk Tujuan dan dalam keadaan tersebut anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi mereka kepada Syarikat dan anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan data peribadi mereka dan digunakan dengan cara seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

Pengakuan dan Persetujuan

Dengan menyediakan data peribadi anda kepada Syarikat dan/atau melalui penggunaan berterusan Laman Web oleh anda, perkhidmatan dan/atau kemudahan Syarikat, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dan mengizinkan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh Syarikat sebagaimana yang diterangkan di dalam Notis ini. Di mana anda telah menyediakan Data Peribadi berkaitan dengan ahli-ahli keluarga anda, anda seterusnya mengesahkan bahawa anda telah memperolehi persetujuan daripada pasangan anda dan/atau persetujuan sebagai ibu bapa/penjaga yang sah untuk anak anda bagi pemprosesan Data Peribadi oleh Syarikat menurut Notis ini.